Stress

Hidup ini kadang-kadang sangat stress. pernah dulu lecturer pernah tanya

"what do you think about life"

Dan saya menjawab,

"Life is how you see it"

Dan kata lecturer itu, jawapan sangat berfalsafah.
Yes betul, hidup memang akan menurut bagimana pandangan kita. kalau kita fikir hidup itu indah dan gembira, fun, senang. Of course ianya akan jadi seperti yang kita fikirkan.

kalau kita fikir hidup itu susah dan stress, hidup akan jadi stress.

kata orang "is the law of attraction"

apa yang kita fikir akan "materialize" dalam hidup.

Tapi kadang-kadang, benda yang terjadi dalam hidup, yang tidak dijangka akan mengganggu hala tuju hidup kita. ianya sediki sebanyak membuat hidup kita kucar kacir.

stress dengan kerja, dengan kewangan, hubungan dengan pasangan dan macam-macam lagi.

dalam beberapa bulan ni, hidup terasa terlalu stress. kerja semakin jadi stress dengan kerja melambak dan melayan karenah orang. Hutang pula datang mengejar tetapi duit tidak datang mengejar.

Badan terasa semakin tua dan tidak sihat padahal umur baru 30tahun. kata orang masih bertenaga lagi.
berada di kemuncak namun semua itu tidak terasa.

entah bagaimana untuk harus menangkis semua ini. kerja, duit dan keluarga.

hanya mampu berdoa setiap hari supaya hidup akan lebih terasa indah.


Kemalangan

Orang kata malang itu x berbau. memang betul. Siapa yang boleh menghidu kemalangan, betul tak? Sebab itu kita kena berhati-hati ketika memandu sebab kemalangan boleh terjadi bila-bila masa dan tempat.

Sebenarnya aku baru pandai bawa motosikal, start bulan november 2015. Itu pun kerana terpaksa, kalau tidak sampai ke tua pun tak akan pandai bawa motosikal. So dah lebih kurang 5 bulan la bawa motosikal. Tapi bila dah pandai bawa, mula la bawa laju. dulu baru pandai bawa, jalan 40km/hr sampai 60km/hr je. sekarang dah pandai bawa sampai 100km/hr.

dijadikan cerita, hari rabu pagi masa dalam perjalanan nak ke tempat kerja, hujan turun. so nak cepat lagipun tempat kerja lagi 1km nk sampai. So dalam x sedar, pulas je throttle sampai x tahu berapa kelajuan.

bila nak sampai ke simpang, cuba tekan brek belakang tapi sebab baru hujan dan jalan licin, motosikal terus buat drift yang tak jadi dan aku pula terhumban dalam 2 meter. Nasib juga la motorsikal x teruk dan aku pun x teruk sangat cuma kaki cedera, so sekarang ni kaki masih lagi lebam. doktor pun bagi antibiotik je, katanya nak bunuh bakteria.dah insaf, x nak bawa laju lagi dah.

Pengumuman Khas Dari Apple bukan Sebarang Apple

Sebut saja apple, semua orang pasti akan terbayang-bayang iPhone atau iPad yang memang popular dikalangan pengguna telefon pintar dan peminat gadget. Dalam beberapa jam lagi dunia pasti akan digegarkan sekali lagi oleh pengumuman khas oleh Apple. Seluruh dunia sekarang ni pastinya sedang membincangkan apakah pembaharuan untuk generasi iPhone terbaru yang akan diumumkan oleh syarikat gergasi ini.

Semua inginkan sesuatu yang baru dari Apple. Masih ingat lagi beberapa tahun lalu bila iPhone 4S diumumkan, semua kecoh dan bila iPhone 5 pula dikeluarkan oleh Apple. Pernah juga terbaca tentang konsep rekaan Apple yang kelihatan futuristic, namun itu hanya imaginasi semata-mata.

Sudah banyak khabar angin tentang rekaan terbaru Apple ini, tapi itu semua hanyalah khabar angin. Kesahihan yang tidak pasti. So untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang pengumuman ini, tunggu sajalah depan tv untuk berita esok. Tak pun boleh juga membaca surat khabar kerana sudah pasti media massa akan membuat coverage tentang pengumuman ini. Dan kalau tak sabar sangat, boleh juga melawat tech blog yang berpangkalan d usa dimana sesetengah mereka akan membuat live coverage masa pengumuman tersebut.

So all the best untuk Apple dan juga peminat Apple d seluruh dunia. Semoga kita semua dapat melihat buah apple yang segar kali ini.

Penyanyi Tersohor Tanah Air, Siti Nurhaliza Akan Berduet Dengan Sean Kingston?


Macam tak percaya bila terbaca dalam berita bahawa penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza akan melancarkan single keduanya dalam bahasa inggeris yang bertajuk Remember You. Tahun 2011, Datuk Siti melancarkan album inggeris pertamanya, All Your Love dan muncul dengan single Falling In Love.


Tahun ini, Siti Nurhaliza akan muncul dengan Single inggeris ke 2 beliau. Dan yang istimewanya, dengar khabar, dia akan berduet dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Beautiful Girls, Sean Kingston.

Dan tak sangka pula single Siti ni dihasilkan di USA. Remember You diadun di Studio mixHous, Los Angeles, manakala proses mastering pula dilakukan di Oasis Mastering di Burbank, California.

Fuh cayalah Siti. Duet dengan Sean Kingston lagi tu. Moga lagu baru ni akan mencapai expectation peminat, apatah lagi dah berduet dengan penyanyi hebat macam Sean Kingston.

Sumber: Berita Harian Online

Selepas Lisa Surihani, Giliran Anna Raffali Pula Berkhawin


Selepas Perkhawinan Lisa Surihani dan Yusri KRU 23 Februari lalu, giliran Anna Raffali pula untuk mendirikan rumah tangga. Perkhawinan Anna Raffali dengan jejaka pilihan, Ahmad Aznaim Abdullah berlangsung pada 25 February iaitu sabtu lalu, tepat seperti yang digembar gemburkan sebelum ini.


Tahniah diucapkan pada Anna Raffali. Moga-moga perkhawinan ni tak sampai separuh jalan saja macam artis-artis yang lain.

Bazir duit saja buat majlis besar-besar, lepas tu tak sampai berapa tahun dah nak bercerai berai.