Din Beramboi stabil

Anak Din Beramboi Nil Aina Hadibah, menyangkal laporan media yang menyatakan bapanya koma setelah dimasukkan di hospital semalam. Dia juga tidak menafikan bahawa bapanya berada dalam kritikal semalam namun tidak koma. Dia cuma "ditidurkan" oleh doktor untuk memudahkan proses rawatan katanya.

Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri,kini berada dalam keadaan stabil pada hari ini. 

Anaknya juga menyatakan bahawa pihak hospital belum dapat mengesahkan penyakit sebenar bapanya namun beliau dimasukkan ke ICU kerana disyaki menghidap demam denggi berdarah.

pihak hospital juga sedang menjalankan rawatan susulan kerana beliau didapati mempunyai simptom dijangkiti virus kencing tikus.

UiTM Sabah Secara Langsung Dari TV1

Selamat Tengah Hari Semua. Saja nak bagitau korang semua UiTM kampus Kota Kinabalu Sabah akan muncul dalam Rancangan Lambai Limbai secara langsung dari TV1 pada jam 2 petang hari ni.:D Bangga kejap sebab rasanya tempat aku belajar ni tak pernah keluar dalam mana-mana rancangan TV ke apa ke. Pernah juga sekali 2 tapi sipi-sipi je. So kali ni, masuk Secara Langsung kira ok lah. :D

So, pada siapa-siapa yang menghadap TV je kerjanya, korang boleh tukar ke channel TV1 pada jam2 petang ni. Kalau korang berminat. Kalau tak, just info untuk korang lah. Tapi aku pun tak berapa pasti betul ke tak tapi semua orang pun cakap macam tu. Tambahan pula dah 2 hari trailer RTM park kat dalam kampus ni, so betul la rasanya. So, kalau korang ada masa, tengok la ye? :D

Adios!

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Did you guys know about the Project Alpha? A TV show that uncover Malaysia's top blogger? Project Alpha is country's first online TV show which uncover the real life of Malaysia's top Bloggers. And the most important part is to see what makes them tick!

The recent Project Alpha program is Season 2 with a few new featured Bloggers. Check them  here. So, how about it? Do you think that you already reach the same level as them? Or far below, under the ground. huhu


So, do you guys interested to be featured in this program? And be among them? Guest what? Project Alpha is open to public now and the audition is on for who are interested to be in this program in next season of Project Alpha! Stand a chance to be Guest Blogger for the next season of Project Alpha and will walk away with interesting prizes.

OK, for who are interested, submit your audition by creating a video on why you should be on Project Alpha in 60 second or less and submit it, and to submit you Audition, follow this simple step which i copy from ruumz:

Step 1: Join ruumz or login to your account

Step 2: Join the Project Alpha ruumz group! (You're looking at it!)
*The option to join is located on the top left hand side of your screen.

Step 3: Upload your video into the 'Auditions' Album below

Step 4: Insert a title and a short description about your audition.
* Tip: You can also tag yourself to your video so that it will appear on your ruumz profile page

Step 5: To increase your chances of being selected, get your friends and family to "Like" your video

View the T&C here
 
The Top 3 winners will be featured as guests bloggers in the next season of Project Alpha
and will also walk away with:

1st Prize
- 3 days 2 nights stay at 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room with breakfast for 2 pax
- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid worth RM199

2nd & 3rd Prize
- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid worth RM199



So, Why Waiting!  Don't miss this chance! Submit Your audition and be featured in this program for the next season of Project Alpha! Maybe this is your luck, who know you might win? This is a chance of a lifetime for you to promote yourself and who know your future start here!

Join now..

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open!

Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Makan Menggunakan Tangan Memalukan?

Aku nak Tanya korang semua ni. Makan Menggunakan tangan perbuatan yang memalukan ke? Kalau korang kata tak memalukan ok la. Tapi kalau korang kata ianya memalukan, Bagi aku sepuluh sebab kenapa ianya memalukan.

Bukan apa, Biasalah kan. Dalam Dunia ini ada saja manusia yang tak senang tengok orang kiri kanan. Ada saja yang tak kena di mata dorang tu. Bagi mereka ni, semua yang dorang lakukan betul. Cis!


 Baby comel yang tidak bersalah

Petang tadi, lepas aku habis kelas, seperti kebiasaannya aku bawa  gf aku pergi makan dekat satu café di kampus aku ni. Gf aku ni jenis yang suka makan pakai tangan. Lebih nikmat makanan tu katanya. Lagipun, memang betulah, aku pun suka juga makan menggunakan tangan, so aku ok je la. Bukannya salah pun kan?

So, nak dijadikan cerita, adalah 2 orang girl makan di meja sebelah. Tapi aku tak ambil peduli pun. Dah gf sendiri depan mata, nak gatal tengok perempuan lain? Kang jadi pula biru mata hitamku. Haha

Masa tengah makan tu, perempuan di meja sebelah tu asyik tengok kat meja kami je. Aku pun heran la. Takan la nak mengurat aku? hensem sangatkah aku hari ni. Huhu. Tapi tiba-tiba aku dengar perempuan tu cakap dengan kawan dia “Memalukan”.  Dan kebetulan pula gf aku makan guna tangan je masa tu.

Ko tak pernah makan dengan tangan ke? Dah  kaya sangat sampai orang makan dengan tangan pun kau kata memalukan?

Cis, bedebah kau cik bedah. Nasib aku ni lelaki yang baik, kalau tak ku lempang baru tau. 

Mari Jadikan Blog Anda Popular

Blog pada hari ini merupakan satu rangkaian informasi yang ku kira penting dan terkenal di zaman ini. Bukan aku je yang cakap macam ni malahan ramai lagi orang diluar sana yang berbicara tentang benda ni. Bahkan menjadi seorang blogger sahaja mampu menjadikan seseorang individu itu selebriti. Korang tengok je la Redmummy tu. Tak pun Project Alpha tu. Dan untuk menjadi seperti mereka, rasanya perlu jadikan dahulu blog kita ni popular. Betulkan aku kalau ada cara lain nak jadi amcam dorang tu. Dan untuk menjadikan blog korang tu popular, ni ada beberapa tips yang aku jumpa. Blog aku ni langsung tak popular pun, tapi mungkin tips ni mampu membantu kita untuk menjadikan blog lebih popular.


1. Cari topik yang menarik untuk ditulis
Rasanya, ini adalah bahagian  yang terpentig dalam satu-satu blog itu. Kalau blog tu tak ada isi yang menarik, korang nak baca tak? Ramai orang jadikan blog mereka tu seperti diari mereka. Nak cerita dari bangun tidur hinggalah nak tidur semula. Kalau nak jadikan blog tu popular, entri macam ni akan mengambil masa bertahun dan mungkin takan pernah popular. Lainlah kalau kisah hidup si penulis tu menarik. Macam Hanis Zalikha atau Azwan Ali tu, takan putus-putus orang nak baca blog tu.

2. Gaya penulisan yang menarik
Rasanya yang ni pun penting juga kalau nak menarik perhatian pembaca blog anda. Cuba anda bayangkan, tajuk dan isi yang menarik tetapi cara penulisan yang tak menarik,  korang teruja tak nak datang balik? Kalau menarik, mesti korang nak selalu datang baca blog orang tu kan? Abang Eyriqazz, perna kata dia tertarik pada blog itu kerana cara penulisan dan penceritaan ang menarik. Sama macam isi dan cara penulisan aku ni memang tak menarik. Tapi aku tengah belajar macamana nak menghasilkan penulisan yang menarik perhatian.

3. Design Blog Yang menarik
Maksudnya disini adalah template dan widget yang bersesuaian dan perlu ada dalam blog. Cuba bayangkan kalau blog tu dah la warna yang tak padan, widget bersepah sana sini dan tak teratur ditambah lagi dengan iklan yang berkelip sana, kelip sini sampaikan nak cari entri pun susah, korang suka tak nak baca? Paling tidak pun, korang tinggal je jejak kat shoutbox blog tu kan? itupun kalau shoutbox tu korang jumpa.

4. Bersahabatlah dengan pembaca blog anda
Jikalau seseorang tu habiskan masanya untuk membaca dan tinggalkan komen pada entri korang, apa kata korang reply komennya tu. Dan kalau boleh, datanglah melawat blog mereka pula. Semua orang inginkan perhatian. Dan kalau korang buat pembaca blog korang tu rasa dihargai, ini akan membuatkan mereka terasa ingin kembali melawat blog korang.


5. Bertukar Link
Ini adalah juga satu cara untuk blog kita diketahui ramai. Link blog korang akan muncul dalam senarai blog mereka. Ini akan menarik pembaca lain untuk datang berkunjung.
tersebut,


6. Update blog anda
Update blog sekurang-kurangnya sekali sehari atau paling kurang 2 kali sehari. Cuba bayangkan kalau blog tu hanya update sekali sseminggu. bila korang melawat blog tersebut, entri yang sama je. Pastu korang nak lagi ke jenguk blog tersebut? Mungkin tak heranlah korang datang jenguk blog dorang tu kalau empunya blog adalah rakan baik anda. Tapi kalau aku, aku takan jenguk blog yang berkurun lama tak update.

Untuk menjadikan blog tu popular, bukan senang dan memerlukan kita untuk berusaha. Cuba korang tanyakan kat kak redmummy, ada ke dia blogging sambil goyang kaki tak buat apa-apa. tup-tup esok dia jadi blogger popular?

Untuk popular, peminat adalah yang paling penting. kalau orang tak suka masuk dan baca blog korang, memang takkan jadi popular sampai bila-bila pun.

Jadi, diharap tips ni sedikit sebanyak dapat membantu kita semua. Ini adalah pendapat aku je dan dari pemerhatian dan pandangan orang lain.

Kalau korang ada tips yang lain kongsikan la ye? :D

Adios!

Naib Canselor UiTM Yang Baru : Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar

Rasanya semua dah tahu bahawa Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah bertukar daripada Tan Sri Dato' Seri Professor Dr Ibrahim Abu Shah kepada Naib Canselor yang baru iaitu Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Sebenarnya pertukaran ni berkuatkuasa pada 1 januari yang lalu. Dah nak dekat 3 bulan dah. Kira dah lama la tu. Dan memandangkan aku ni student UiTM juga, aku nak juga tulis pasal ni. Kalau korang student UiTM pasti tahu perkara ni kan? :D



Pemilihan Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Canselor UiTM yang baru rasanya sangat bertepatan memandangkan beliau sendiri adalah hasil UiTM sendiri. Beliau juga telah lama berkhidmat dengan UiTM dalam pelbagai bahagian antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.

Tahniah atas pemilihan Datuk sebagai Naib Canselor UiTM yang Baru. Kami Pelajar UiTM amat berbesar hati menerima  Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Canselor UiTM. Semoga kita bersama dapat membawa kemajuan kepada UiTM.

Foto Panas Artis!

Dunia hiburan memang tak pernah lekang dari pelbagai isu. Dari isu yang biasa-biasa hinggalah kepada isu yang panas, macam kopi panas. Kopi panas, kalau diminum masa ianya panas, sedap kan? Kalau dah sejuk, tak sedap. haha

Ok, korang mesti dah biasa dengar isu-isu artis ni, terutamanya yang panas-panas kan? Memang panas macam pisang goreng panas. Gambar seksi, artis jual dadah dan macam-macam lagilah kontroversi artis ni. Dan bukan sahaja artis Malaysia yang pandai ada cerita panas tau. Artis Indonesia pun nak juga berpanas-panas macam kopi panas dan pisang goreng panas. Kalau kopi panas dan pisang goreng panas dimakan bersama, pasti enak rasanya kan? haha

Dan kali ni, masa kyuubi baca akhbar kosmo online, terpapar lagi berita hangat lagi panas dan sensasi Gambar seksi Seorang Artis Indonesia dimana dalam gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki tersenyum sambil meramas buah dadanya. Sejauh mana kebenaran, kau pun tak tahu. Tapi dah masuk berita? Ok, aku malas nak story lebih lanjut, jom layan..



JAKARTA - Model terkenal Indonesia, Rahma Azhari sekali lagi mencetuskan sensasi apabila foto seksi dirinya disebarkan lagi di Internet, lapor akhbar Kompas.com semalam.
Namun pada kali ini, gambar Rahma yang juga aktres filem Suami-suami Takut Istri itu menunjukkan seorang lelaki yang tersenyum meramas payu dara kirinya.
Rahma, 28, semasa dihubungi menganggap foto itu sebagai biasa yang dirakamkan selepas dia menyanyi dalam satu program di sebuah kafe di Senayan manakala lelaki tersebut ialah seorang saudaranya.
"Saya cuma ketawa apabila melihat foto itu dan mungkin ada pihak yang mahu isu ini disensasikan tetapi saya tidak berasa terganggu," kata Rahma.

Akak, ko tak terganggu ke? Tapi aku dah terganggu tengok gambar macam tu. Memang panas kan? Aduhai, apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni. Macam-macam je nak buat. Tapi lantak korang la, itu hidup korang, bukan aku.

Berita dipetik Dari Kosmo!

No Sweat

Tidak dinafikan penampilan diri seseorang itu sangat penting, apatah lagi jika kerjaya yang melibatkan korang sering berjumpa dengan klien. itu adalah first impreesion klien terhadap syarikat korang. Kalau korang mempunyai penampilan yang tak best, mesti klien tu fikir syarikat tu something wrong kan?

Dalam Menjaga penampilan diri, ada banyak perkara yang perlu dijaga seperti pakaian korang, personaliti, serta beberapa aspek penting termasuklah bau badan. Menjaga bau badan adalah sangat penting terutaamanya bau ketiak korang ketika berpeluh. Korang selesa tak kalau orang yang berada disebelah korang tu mempunyai bau badan yang tak best?  Tambah lagi dengan bau peluh selepas banyak melakukan kerja kan? Tapi, kalau orang tu baru lepas bersukan tak kisah la kan? Faham juga keadaannya.

Aku ada beberapa pengalaman dengan rakan-rakan ketika sekolah menengah yang tak suka memakai wangian terutamanya menjaga bau ketiak mereka. Dahlah bulu ketiak panjang, tebal pula tu. hah! korang bayangkan kalau dorang tu berpeluh, macamana baunya. memang tak selesa kan? Tak tahan aku.

Dan yang melucukan, bila cuaca dah mula panas dan badan mula berpeluh, korang akan nampaklah ketiak tu semakin basah. Dan yang menggelikan, korang boleh nampak peluh mengalir dari ketiak tu!! Dan korang nak tahu, aku juga pernah mengalami keadaan yang sama walaupun dah memakai deodorant. Sebabnya, Deodorant yang aku pakai tu bukan anti peluh, so tak boleh tahan juga, peluh tu tetap mengalir. huh! 

Tapi, sekarang masalah peluh dan bau ketiak bukan lagi menjadi satu masalah besar kepada kita. Memperkenalkan produk Adidas iaitu Adidas action 3, anti peluh dan anti bau.

Dengan Adidas Action 3, ketiak takan berbau dan berpeluh lagi. Dan korang takan nampak kejadian peluh mengalir dari ketiak korang mahupun orang lain. Sebabnya, Adidas action 3 ni adalah sejenis deodorant yang mampu untuk menyerap peluh korang tu dan menghilangkan bau-bau yang tak enak dihidu. Dan yang paling penting, Adidas Action 3 akan memberi kesegaran berpanjangan pada korang semua!

Haha, sebab itulah, Nuffnang dan Adidas Action 3 ni membawakan Project Alpha Season 2, satu program tv yang akan melihat kehidupan sebenar seorang blogger. Sebabnya? Supaya semua top blogger ni tak berbau yang pelik dan tak enak terutamanya ketika melakukan aktiviti yang lasak nanti. Kalau tak, hah, korang rasa ada tak abang jurukamera nak dekat dengan dorang tu kalau bau semacam je badan, kan? haha

So, apa tunggu lagi? Jom dapatkan Adidas Action 3 di pasaran sekarang untuk kesegaran dan wangian yang berpanjangan. Pada jejaka yang tengah nak mengurat sidia, ni boleh bagi advantage pada korang. haha

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Dapat Award, Thanks to You

Kali ni aku dapat award dari dua orang rakan blogger. Thanks to kak Merahbaldu, Makiko S dan sebab bagi award ni. Rasa diri ini begitu berharga.  hehehe



Inilah Award yang kau katakan tadi tu. Tapi sebelum nak ambil award ni, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi iaitu pertama, Thank & link the person that gave you the award;

Kyuubi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada Kak Merahbaldu, Makiko S dan yang sudi menghadiahkan award ni. hehe

Syarat kedua pula ialah; Pass this award onto 10 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.

1. Dee @ http://eiffellover.blogspot.com/
2. Maisyara Pot! Pot! @ http://biskutsarkas.blogspot.com/
3. Amirah Rashid @ http://chelsealoverforever.blogspot.com/
4. Feelinblue @ http://faerxx.blogspot.com/
5. p3perak @ http://p3perak.blogspot.com/
6. Farhana Dr @ http://nurfarhanaabdullah.blogspot.com/
7. Hazzy @ http://hazzysuperb.blogspot.com/
8. Maslinamansor @ http://maslinamansor-life.blogspot.com/
9. Nazatul Shima @ http://fz-cma.blogspot.com/
10. Dzul Hafixi @ http://fixingpages.blogspot.com/

Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
* buat pasni


State 7 things about yourself.;

1. kuat makan tapi tak pandai gemuk
2. suka tidur
3. seorang yang suka buat kerja last mminute
4. minat matematik tapi tak pandai buat. huhu, pelik kan?
5. sekarang belajar diploma smester akhir, harap pasni dapat sambung degree. huhu
6. simple.
7. happy go lucky

hehe. dah siap pun. ok. tempek la kat sini.

so pada yang dapat award ni, ambil je la ok? ikhlas ni. :)

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100

Korang rasa mana nak dapat duit 100 ringgit dengan senang? Bagitau aku, aku nak pergi sekarang juga! haha.

Kalau korang diberi RM100, korang nak buat apa dengan duit tu? nak belanja aku tak? :D Kalau aku yang diberi RM100 tu benda pertama yang akan aku buat ialahaku nak beli Digi Internet Prepaid tu. Memandangkan sekarang ni aku menggunakan wireless kolej, dan connection yang macam nak mampus, aku nak ada internet connection sendiri. Dan Internet prepaid ni adalah yang terbaik untuk aku sebagai seorang student. betul tak? kalau tak ada duit, tak payah la nak online kan? senang. :D Lagipun harga simpack tu cuma Rm25 ringgit je. berbaloi-berbaloi. hehe

Dan bakinya aku nak simpan untuk digunakan apabila perlu. hehe. Aku dah pernah rasa tahap kekeringan wang yang melampau sehingga aku terpaksa makan mee maggi selama seminggu! Jadi kalau dapat RM100 tu, jangan terus belanja tak ingat dunia. :D Nanti menyesal tak sudah. haha.



Sebenarnya Entri ni aku tulis untuk menyertai kontest di Diari Seorang Lelaki. Saja je nak join kontest. Lagipun mudah dan tak banyak syarat penyertaan. Dan kalau menang hadiah pun lumayan! :D
Hadiah

Tempat pertama akan menerima RM100 terus ke akaun anda


Tempat kedua akan menerima RM50 terus ke akaun anda


Tempat ketiga akan menerima RM30 terus ke akaun anda


Tempat keempat & kelima akan menerima saguhati sebanyak RM10 terus ke akaun anda

So, korang macamana? marilah join kontest ni. Masih sempat lagi. Tarikh tutup ialah pada 30hb mac 2010.

Join, jangan tak join. :D

Model Kereta Terbaru Proton, Proton EMAS

Korang tahu tak Proton akan mengeluarkan model kereta terbaru yang diberi nama Proton Emas? Teruja tak korang? haha. Tengok nama je, aku dah pelik. Proton Emas? Tapi lepas aku tanya pak cik Google tentang benda ni, ya memang betul Proton akan mengeluarkan Model Proton EMAS. Dan menurut berita lagi, pengeluaran model EMAS ni akan bermula pada tahun 2012. Tak lama lagi kan? Ada 3 tahun lagi untuk kita melihat satu lagi kereta nasional akan dikeluarkan selepas Proton Exora. EMAS sebenarnya adalah akronim bagi Eco Mobility Advance solution.Wah, nama pun cukup hebat. Semoga kereta ni pun sehebat namanya. :D

Inilah Model kereta terbaru dari Proton iaitu, Proton EMAS


Sebenarnya model kereta ini telah pun dilancarkan semasa international motor show di Geneva, Switzerland dan pelancaran tersebut disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun pihak pengurusan Proton Holding menyatakan bahawa masih memerlukan masa untuk memulakan pengeluaran Proton emas untuk dipasarkan.

Terdapat 3 variants untuk kereta ini iaitu, 5-doors/4-seater EMAS, 3-door/4-seater EMAS3 and Emas Country yang boleh memuatkan 5 penumpang. Kereta ni juga akan dikeluarkan dalam 3 jenis sumber tenaga iaitu dengan jenis pertama yang menggunakan sepenuhnya elektrik, yang kedua hybrid dan yang ketiga menggunakan petrol atau diesel.

 Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Model EMAS

Proton sekarang berada dalam fasa terakhir dalam menentukan rekaan untuk model ni dan diharapkan agar mereka dapat memulakan fasa pembuatan secepat mungkin.

Wah, memang model yang dikeluarkan kali ni berbeza dari model-model yang terdahulu. Dengan pengeluaran model ni juga, proton berharap dapat bersaing di peringkat antarabangsa. dalam pasaran kereta  Semoga pihat Proton berjaya dalam misi mereka kali ni.

Syabas Proton!

I Got RM20 From Nuffnang!!


Macam tak percaya je. Tadi Masa aku nak send Assignment trough email, aku sempat lagi bongkar-bongkar email yang baru masuk. Dan masa tu, aku nampak 1 email dari Nuffnang. Dengan perasaan ingin tahu aku klik pada email tersebut. Yala kan, Nuffnang jarang hantar email kalau tak ada benda penting. Dan bila email tu dah buka, aku terkejut.

Dear Nuffnanger,


Thank you for your participation in Week 2 of Project Alpha's Instant Cash Blogging!

We've credited RM 20 into your Nuffnang account for being one of the first 100 valid entries for Week 2. Don't forget, you can always try your luck at Instant Cash Blogging in the following weeks!

Aku, pergi ke inbox. Email tu masih ada. Aku klik sekali lagi. isinya tetap sama. Sah aku dapat RM20 tu!!. Pastu aku nak pastikan betul ke benda ni. Aku terus log in ke akaun Nuffnang aku.

Klik Untuk besarkan

Memang betul dah dikreditkan ke dalam akaun. Tak sangka betul bernasib baik juga aku ni. Hari tu, ingatkan dah tak dapat dah. Yala, aku submit entri aku hari khamis malam. aku just suka-suka. Takde benda nak cerita dalam blog. So aku buatlah post ni. I Just Love Good Smelling People. Tak sangka dapat pula RM20 tu. Mungkin Dah rezeki aku kan? So, korang tak nak cuba nasib? Check la kat website Project alpha dan sertai instant cash blogging. Manatau, korang bernasib baik! :D

Cheers!

Karam Singh Walia Terkena Panggilan Hangit!!

Nakal Betul la Faizal Ismail dan si Farah Fauzana. Kalau korang dengar radio stesen hot.fm, sesi pagi tu, pasti korang ada dengar macamana si Faizal Ismail dan Farah Fauzana buat panggilan hangit dekat Karam Singh Walia. haha. Kesian kat si Karam Singh.Macam garang juga eh Encik Karam Singh tu aku dengar. Takut juga.

Kalau korang yang kena panggilan hangit ni macamana? Rasanya kalau aku yang kena, aku cari orang yang kenakan aku. lepas tu, marah orang tu habis-habis. Yalah, apa hal nak mainkan orang? Macam je kita ni bahan mainan, tiada perasaan. huh!

Kerana Terlalu Kelaparan

Korang pernah tak berada dalam kelaparan yang teramat sangat? Badan rasa lemah dan sedikit menggeletar? hah, tu baru dalam keadaan kelaparan namanya. Aku pernah, dan selalu berada dalam keadaan demikian disebabkan kekangan masa dan kesibukan, aku selalu terlepas nak makan. Tapi kadang-kadang sengaja tak makan. Hehe.

Pernah sekali tu, dahlah pagi tu tak sarapan. Pastu tengahari pula aku makan biskut kering saja. Manakan tak lapar tahap dewa kan? Sampai badan tu terasa seram sejuk tak ada tenaga. haha. Ok, nak dijadikan cerita, selepas habis kelas hari tu, aku terus balik ke bilik. Dan kerana tahap kelaparan yang melampaui tahap dewata tingkat ke 18, Aku singgah terus ke cafe nak beli makanan. Aku berjanji pada diri aku mesti bagi perut aku ni penuh. Betul-betul penuh selepas seharian berhempas pulas tak makan. Tapi tu pun salah aku juga, tak makan. Hahaha




Siap sahaja beli makanan, aku terus balik bilik dengan hasrat nak makan. Dan bila aku buka bungkusan makanan tu, ala sikit sangat nasi yang kakak tu bagi. Masa aku lapar, tak pula dia bagi banyak. masa aku tak berapa lapar, macam gunung pula nasi kakak tu bagi. huh!

Memandangkan nasi aku rasa tak cukup, maggie menjadi sasaran. Aku sambar sebungkus maggi dan terus aku masak. Tak sampai 5 minit, siaplah hidangan maggi aku. Siap masukkan segala perasa yang perlu, aku terus melahap makanan yang ada depan mata. Tapi, bila aku makan maggi aku tu, rasa pelik. Tapi aku tak hairan. Kali kedua aku jamah maggi tu, baru aku hairan. Kenapa maggie aku ni tak sedap. Nama saja jenama maggi sedap perisa soto ayam, tapi tak sedap Ceh! aku makan lagi, heemm, tak cukup rasa. Mulalah aku mencaci maggie ni. Nama saja maggie sedap, tapi tak sedap, getus hatiku. Namun kerana kelaparan, aku terus saja makan hingga habis dengan perasaan yang pelik sebab tak pernah sekalipun dalam hidup aku maggi jadi rasa macam tu. Tawar!

Selepas habis makan, aku pun berehat kejap. Dalam aku berehat tu, tiba-tiba aku terjumpa sesuatu kat atas meja aku tu. Korang tahu apa bendanya tu? ianya adalah perasa maggie tadi tu!! perencah sup maggie tu aku terlupa nak letak dalam sup. Patutlah pelik saja rasanya, rupanya perencah tak ada! cis! haha

My Favourite Surfing Spot

Setiap orang akan ada tempat kegemaran dimana mereka selalu stay untuk online. Begitu juga aku. Aku sebenarnya suka online didalam bilik aku sendiri. Kenapa? Sebabnya aku boleh buat apa saja yang aku suka, telanjang sambil online pun tak ada orang kisah kan? haha. Tapi aku tak pernah buat ok, mungkin in the future? hehe

Ini lah syurga online aku. Tapi yang ni bukan bilik aku, ok? Yang ni pinjam dari pakcik google.

Tapi yang sebenarnya signal wireless dalam bilik aku ni yang paling baik, sebab itulah aku suka sangat online dalam bilik. Tak ada pilihan lain. Tapi semenjak aku mula blogging, terasa sepanjang aku nak surf internet dimana jua daku berada. haha. tapi memandangkan aku belum beli berukbeng, aku tak dapat nak memenuhi kehendak hati ini. Sebab itulah bilik aku tu menjadi pilihan utama. Kalau tak, pantang ada kelapangan aku pasti on laptop, login blog, facebook dan macam-macam lagi, dimana saja daku berada. hehe

siapa yang ada masalah yang sama dengan aku? Susah kan macam tu, berukbeng tak ada 3G yang entah macamana nak connect internet tu pun tak ada. Wireless ada, tapi tak mobile la.

Tapi aku tak risau dah. Kenapa? Sebabnya P1 W1MAX dah perkenalkan P1 Wiggy Usb yang boleh dibawa kemana-mana tak kira kemana anda pergi. Dan korang  boleh memenuhi keinginan online yang kuat. haha. Korang boleh online sepuas hati tak kira dimana anda berada. dalam kelas ke, dalam bas ke, di bustop ke.



Dengan kehadiran benda ni, My Favourite Surfing spot dah berubah dah. Korang nak tahu? Aku akan online domana saja daku berada kalau nafsu online aku datang ketika itu. haha. Bagi aku, flexibility menjadi keutamaan kerana aku bebas bergerak kemana sahaja. Dan sebagai seorang blogger, aku bebas menulis entri aku bila-bila masa yang aku nak kalau idea nak menulis tu datang berkunjung.

Dan sebab itulah, p1 w1max bersama-sama membawakan Project Alpha yang membongkar kehidupan sebenar seorang blogger. Sebabnya, p1 w1max wiggy usb yang mereka perkanalkan dapat memenuhi nafsu blogger macam aku dan mungkin rakan blogger yang lain. haha

Jadi cepat dapatan p1 w1max wiggy usb anda sekarang! 

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Finally i Got Buffered Ads!!

Hi everyone. I'm in a very good mood today because of what? :D well, you've already read the title right? haha. I got 4 buffered ads running simultaneously in my blog! Thanks Nuffnang. This is my very first time getting buffered ads, so that is why I'm so happy. Maybe mine is just a small amount compare to you guys but, still I'm happy. Its my very first time getting  so much buffered! :D So you want a prove? below is my print screen of my buffered ads.

Click to enlarge

OK, let me tell you how did i get that buffered ads. Before this, i don't really care about all the survey that Nuffnang provide. You know, the blogger survey. I just write a few words, than enough. No specification, no enthusiasm. Just dull. But then, no buffered ads. But after i read so many blogger stress about that survey, i pushed myself to do the survey and provide as many as i can ,information about myself. Than, here the result. I'm starting to get buffered ads. And i hope it will be a good starting for me. :D

So, how about you guys? Did you guys fill in the survey for real or just fill in to qualify for signing in with Nuffnang?

Filem Review : Under The Mountain

Korang dah tengok ke cerita under the mountain ni? Mungkin aku dah terlambat sebab filem ni dah lama show kat cinema. Baru kemarin aku pergi tengok wayang dengan gf aku. Dan disebabkan kami nak tengok cerita yang paling awal habis, kami decide nak tengok filem ni. Lagipun dah tak ada lagi filem lain yang ada show lebih awal dari ni.  Ada pun tak menarik minat kami. So, decide tengok yang ni je la.


Ok, sebenarnya filem ni mengisahkan tentang 2 beradik kembar yang boleh berkomunikasi sesama sendiri melalui kata hati, Theo dan Rachel. Pada mulanya hubungan mereka baik-baik saja tetapi segalnya berubah apabila ibu mereka meninggal dalam 1 kemalangan. Si Theo menjadi seorang penyendiri dan tidak menghiraukan kembarnya walaupun kembarnya, Rachel sentiasa memerlukannya. Dan selepas Ibu mereka tiada, mereka telah dihantar untuk tinggal bersama makcik mereka kerana ayah dorang mahu bersendirian ketika itu.

Semuanya bermula selepas mereka tinggal dirumah makcik mereka. Pada suatu hari, adik beradik kembar tu perasan terdapat sebuah rumah lama yang berada tidak jauh dari rumah makcik mereka tu. Dan lagi 1, mereka terbau sesuatu yang kurang enak dan mereka mengesyaki bau tersebut datangnya dari rumah tersebut.


Dengan perasaan ingin tahu, si Rachel telah pergi ke rumah tersebut seorang diri. Malangnya, semasa berada di sekitar rumah tersebut, rambutnya tersangkut pada sebatang ranting kayu dan beberapa helai rambutnya telah tersangkut pada pokok itu.




Dari sini, bermula la pergelutan mereka dengan Keluarga Wilberforce yang sebenarnya adalah makhluk asing yang datang dari planet lain untuk menguasai bumi ini. Dan untuk mengalahkan Mereka ini, mereka terpaksa mempercayai satu sama lain dan menguasai sebiji batu yang mempunyai kuasa api dimana kuasa itu dikunci oleh Mr Jones, Fire Raiser yang juga satu kaum makhluk asing yang sebenarnya adalah sebagai api dalam bentuknya yang sebenar.

Dari cara penceritaan filem ni, perkembangan plot serita sedikit kaku pada awalnya. Aku tak berapa faham perkembangan cerita pada awalnya, namun setelah masuk ke bahagian tengah,, perkembangan ceritanya semakin baik. Dari segi kesan khasnya pula, ianya memang menakjubkan. Kesan khasnya mendapat sentuhan mereka yang mereka kesan khas untuk filem The Lord of The Ring, dan rasanya tiada keraguan tentang kualitinya.

So, apa tunggu lagi? Kepada yang belum menonton filem ni, sila la terjah panggung wayang. Dan kepada yang dah tengok cerita ni, Apa pendapat korang?

Siapa Kata Kamera Murah tak Boleh Tangkap Gambar Cantik


Korang teringin tak nak ambil gambar cantik? Tapi bila fikir balik, korang tak ada kamera mahal tu. Yalah, DSLR tu, siapa yang tak tahu kan. Tanya je kat mana-mana photographer di luar sana. Yang profesional ke tak profesional ke semua tahu. DSLR stand for Digital Single-Lens Reflex Camera adalah menjadi pilihan kerana kualiti gambar yang hebat. Cakap saja nak tangkap gambar cantik, pasti orang akan terfikirkan kamera DSLR tu. Ada yang tak terfikir ke?

Tapi tahu kah anda bahawa kamera murah pun boleh tangkap gambar yang cantik? Kalau korang perhatikan betul-betul gambar-gambar yang diambil oleh photographer prpfesional mahupun amatur, mereka lebih banyak bermain dengan zoom dia kan? bermain dengan ton cahaya. Eh, aku tak tau sebab aku bukan photographer. Tapi minat juga. :D

Jadi, untuk menangkap gambar yang cantik, korang perlu mencari sudut yang betul serta jarak yang sesuai dari objek. Disini aku akan share beberapa gambar yang aku tangkap menggunakan kamera murah aku ni iaitu Sony DSC-S650. Kamera biasa je. Keupayaan kamera ni hanyalah 7.2 megapixel lens, 3 times optical zoom dan high sensitivity ISO 1000. Siapa yang tak kenal model ni hah tengok gambar kamera ni.

Amacam? sekarang dah kenal ke?

Kamera ni lah yang aku guna semasa penghasilan karya ni. haha, aku berkarya ke? So, jom tengok gambar-gambar yang aku tangkap dan korang bagilah pendapat sama ada ok ke tak. Boleh juga aku belajar sesuatu.




































Entah apa-apa gambar yang aku tangkap kan? haha. So, ok tak gambar-gambar yang aku ambil ni? Ini hanyalah gambar percubaan yang aku buat. Tak pandai sangat lagi sebab baru belajar. :D

So, korang rasa, boleh tak tangkap gambar menggunakan kamera yang murah?

Tips Bagaimana Untuk Mendapat Tidur Yang Lena

Sejak beberapa hari ni korang tidur lena tak? Kalau lena, baguslah. Kalau tak, teruskan membaca kerana aku akan share tips bagaimana untuk dapatkan tidur yang lena. Ok?

Tidur itu sebenarnya adalah satu kenikmatan yang percuma. Sebabnya? Kerana kita tidak perlu membelinya. Maka tidak hairanlah kalau ada orang memilih tidur itu sebagai hobi atau untuk melupakan beban dan ketegangan fikiran. Namun terdapat segelintir orang yang mengalami masalah untuk tidur. Kalau yang tak dapat tidur dek gangguan nyamuk tu aku tak hairanlah.


Sebenarnya, masa tidur yang tidak menentu turut menjadi punca seseorang itu sukar untuk tidur. oleh itu jangan ubah waktu tidur anda dan jangan biarkan masa tidur anda kurang. Masa tidur yang cukup adalah diantara 4 hingga 8 jam sehari. ni adalah penting untuk memastikan tubuh anda segar apabila anda bangun keesokan hari. Jadi, kepada yang sukar untuk tidur, disini ada beberapa tips yang anda boleh ikut untuk mendapat tidur yang cukup.

1.Minta kebenaran diri sendiri untuk tidur.
Kadangkala, ketika kita berhadapan dengan tugas yang banyak, ianya membuatkan kita sukar untuk tidur. Ini kerana kita asyik memikirkan tugasan kita tu.Apa kata minta kebenaran dari diri anda untuk tidur. Anda ingatkan diri anda bahawa anda harus berehat demi diri anda. Biarkan diri anda dalam keadaan yang tenang. Anda pasti berterima kasih terhadap diri anda jika anda dapat tidur yang cukup dan berkualiti.

2. Buatlah rutin tidur
Cuba lakukan tugas yang sama setiap malam sebelum masuk tidur. Contohnya membaca buku 30 minit sebelum masuk tidur. Dengan berbuat demikian, kita memberi isyarat kepada tubuh supaya bersiap untuk tidur.

3. Pastikan tempat tidur anda selesa.
Cuba pastikan anda dalam keadan yang paling selesa bagi anda. Suasananya, jenis alas tidurnya. Sebenarnya, keselesaan tempat tidur ni bukan sahaja bergantung kepada jenis alas tidur tetapi juga merangkumi suasana tempat tidur anda seperti sejuk, gelap dan jauh dari bunyi bising yang akan menggangu tidur anda.


4. Senaman yang teratur.
Senaman yang teratur dapat meringankan ketegangan diri. Tanpa perasaan tegang dalam diri, pasti tidur pun lena kan? Namun cuba elakkan senaman menjelang waktu tidur kerana ketika kita bersenam, darah akan beredar ke seluruh badan. Ini akan menyukarkan kita untuk tidur. Elakkan juga senaman yang melebihi kemampuan badan. Nanti bukan sihat yang kita dapat tetapi mudarat yang datang.

5. Usahakan tidur yang teratur
Cuba usahakan untuk tidur pada waktu yang sama dan bangun pada waktu yang sama  setiap hari. Ini akan melatih tubuh anda untuk tidur apabila sampai waktunya. Jam biologi anda sudah setkan masa tersebut untuk tidur. Jadi, apabila anda masuk tidur, tidak akan ada sebarang kesukaran untuk anda untuk tidur kerana tubuh anda sudah dilatih untuk tidur pada waktu itu.

6. Elakkan meminum minuman yang mengandungi kafein
Cuba elakkan dari mengambil minuman yang mengandungi kafein pada waktu malam, terutamanya kopi dan nescafe. Seperti yang semua tahu, kafein merupakan sejenis dadah yang menggangu sistem otak dimana kesannya lebih kurang sama dengan heroin dan kokain. (sila baca sini untuk lebih lanjut. Kafein dan sini How Caffeine affect us)

7. Jauhi rokok dan alkohol
Amalkan gaya hidup sihat. Kebanyakan perokok memerlukan masa yang lama untuk tertidur dan kadangkala sering terjaga di tengah malam. Meminum alkohol sebelum tidur pula akan membuat anda mudah terjaga.

Masalah sukar untuk tidur ni sebenarnya boleh diatasi dengan mengamalkan cara yang betul. Jangan terlalu cepat untuk megambil ubat-ubatan untuk mengatasi masalah ni. Cuba ikut tips-tips yang diberikan. Namun jika tidak berjaya, lebih baik untuk anda terus berjumpa pakar perubatan kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan.
Semoga tips-tips ni berguna untuk semua. Selamat mencuba!

I Just Love Good Smelling People

Why i just love good smelling people? Pasti semua orang ada sebab tersendiri, dan aku juga ada sebab aku sendiri. Ok, ini adalah kisah benar yang aku nak cerita kat korang semua tentang betapa pentingnya untuk menjaga bau badan kita ni and makes me love good smelling people. huhuhu


Cantik tak gigi si gadis ni. Errkk, gadis ke? aku pun tak tahu. Tapi gigimu la cantik :) Tapi apa pendapat korang kalau gigi je yang cantik, tapi mulut berbau!? Memang muka yang cantik sekalipun korang akan larikan diri dari dorang, betul tak? Aku pun akan buat benda yang sama. huhu

Ni ada berlaku kat aku masa aku nak pergi kelas hari tu. Masa tu aku nak cepat pergi kelas, bila sampai ke perhentian bas, bas dah penuh tapi kerana nak cepat, aku menyumbat juga masuk ke dalam bus. Dalam aku bersesak-sesak dalam bus tu, ada seorang mamat junior aku  berdiri kat sebelah aku ni. Aku tenang je, ala aku senior dia junior so tak payah takut. Tapi tiba-tiba mamat tu bercakap dengan kawanya dan. Adoi mak!! bau mulutnya macam dah seminggu tak gosok gigi! aku yang duduk yang berdiiri disebelahnya tu terpaksa menahan nafas kerana bau mulutnya terlalu menyengat hidung! adoi nak termuntah aku!!. Tak tahan aku dengan bau mulutnya. Nak je aku tenyeh kepala budak tu dan kata, "Eh budak, ko tak berus gigi ke? Apasal mulut ko bau semacam je?" dan suru budak tu pergi berus gigi. Tapi aku tak sanggup.




Kejadian kedua yang aku pernah alami ialah ketika menaiki bus. Bus bandaraya kota kinabalu ni memang akan sesak setiap masa tak kira pagi, siang atau malam. Nak dijadikan cerita, Ahad yang lalu, aku keluar dengan gf aku ke bandar kejap. Yala kan, hujung miggu orang nak bersuka ria melepaskan tekanan selepas seminggu asyik ke kelas je.

Selepas penat berkeliaran, kami pun balik ke terminal bus untuk balik ke kolej. Dan untuk sampai ke terminal bas dari tengah bandar kami perlu menaiki bas bandaraya. Dan semua orang tahu keadaan dalam bas tu bagaimana. Sempit, sesak dengan orang yang berbagai ragam dan bau. Hah! sebut pasal bau ni, masa tu aku terpaksa berdiri kerana semua kerusi dah penuh. Dan masa tu juga seorang pak cik naik dan berdiri disebelah aku. Kerana terpaksa berdiri, pakcik tu memegang rel besi yang ada kat atas, dan terbuka la ketiak dia tu! Dah tu ketiak tu mengarah kat aku. Dan korang tahu tak bau ketiak yang tak pakai deodorant atau bedak dan berpeluh setelah penat seharian bekerja? Bau!!

Aku memandang kearah gf aku dengan muka yang berkerut. Dia faham maksud aku dan tersenyum melihat ke arah aku masa tu.. huhuhu. Dan aku terpaksa menahan bau tu selama 30 minit!! Sikit aku nak cakap kat pak cik tu, 
"pak cik, tak pakai deodorant ke? bau semacam je ketiak tu. Gunalah Adidas action 3, bau ketiak tu akan hilang" 
Tapi aku tak berani nak cakap, kang dilempangnya aku, pengsan aku dalam bas tu.


Eh, kenapa aku nak syorkan pakcik tu gunakan Adidas Action 3? Adidas action 3 ni memang best, ada beberapa kelebihan bila menggunakannya iaitu mengandungi anti perspirant dimana ianya menghalang ketiak kita dari berpeluh dan basah. Adidas action 3 juga menghilangkan bau badan yang kurang enak serta tidak mengandungi alkohol dimana ianya sesuai untuk semua, tak kiralah korang muslim ke tak. Memang bijak! :D So, korang nak tips untuk menghilangkan bau badan? Gunalah Adidas Action 3! :D

Sebab itulah juga Adidas Action 3 bersama Nuffnang membawakan Project Alpha Season 2 dimana ianya akan membariskan Malaysian Top Blogger dan melihat bagaimana kehidupan mereka. sebabnya? Agar mereka ni tidak akan berbau ketika melakukan aktiviti-aktiviti terutamanya yang lasak nanti! haha

So, apa yang ditunggu? mari bersama-sama Memberi kaharuman, bukan sahaja diri sendiri malahan kepada semua orang di sekeliling kita agar kejadian yang menimpa aku tu tidak akan berulang lagi!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS!!

Lawatan ke Membakut Sabah

Hai semua. Dah lama aku tak update blog ni sebab aku sibuk sangat. Tambahan pula, lepas balik dari lawatan ke membakut tu, aku penat sangat. Nak kena siapkan beberapa assignment, siapkan proposal summary. Dah tu, internet pula buat hal. So, tak sempat nak update blog aku ni. Tapi tidak mengapa. Di kesempatan ini, aku nak cerita sikit lawatan aku ke membakut ni. Aku dah janji kan? :D

Ok, sebelum tu aku nak bagitau sedikit tentang Membakut ni disebabkan ada yang komen di entri Im off to Membakut Sabah Membakut tu apa? huhu

Ok, Membakut ni sebenarnya satu kawasan kecil di sabah yang terletak dalam Daerah Beaufort. Perjalanan dari kota kinabalu ke Membakut mengambil masa kira-kira 2jam lebih. Namun ianya bergantung pada laju anda driving. Lebih laju, lebih cepat la kan? :)

Inilah peta kedudukan daerah Membakut yang aku snap dari peta pak cik Google. yang bertanda bulatan merah paling atas adalah ibu negeri sabah, Kota kinabalu, manakala yang paling bawah itulah membakut. So, korang dah tahu kan letaknya mana letaknya tempat ni? :)

Tempat ni masih selamat dari arus pembangunan yang pesat. Sesampai sahaja di pekan membakut, my first impression of this place was, tempat ni nampak tak berapa maju. Hanya ada beberapa deret bangunan kedai. itupun bangunan lama. Namun ada beberapa bangunan yang sedang dibina tak jauh dari tempat kami sampai tu. Mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang, akan berlaku banyak perubahan di tempat yang aman ni. Siapa yang tahu kan?



Tapi apa yang menarik tempat ini sangat tenang dan tak sibuk jika dibandingkan dengan bandaraya Kota Kinabalu yang sangat sibuk. Hanya beberapa buah kereta yang bergerak pada satu-satu masa. ditambah pula dengan pemandangan alam yang menghijau. huhu. Memang menenangkan. Namun suhu tetap tak boleh lari dari kepanasan alam.

Booth  Celcom Broadband

Tapi ada juga celcom broadband kat tempat ni tau. Walaupun tak maju dari segi fizikal, namun pembangunan dari segi it masih juga seiring dengan tempat lain. :D



hahaha.. ini adalah rakan-rakan group aku yang baru ketika baru sampai disini. Sampai sahaja kat sini, kakak penjual ice cream terus diserbu!! haha. Dah kepanasan sangat, so nak cari makanan yang dapat menyejukkan badan, so ice cream la jawabnya. Weh, aku nak bagitahu satu rahsia, rasanya kalau buat business jual ice cream pasti laku kan? dah la sekarang ni panas semacam je cuaca ni.


 Ini pula adalah ice cream aku yang dah digigit sana sini. hehe.



  

Wah cantiknya rumah. Gambar ni aku ambil semasa masuk ke sebuah kampung dimana kami tinggal semalaman. Tak sangka orang-orang tempat ni banyak duit. korang tengok la rumah tu. Walaupun tempat ni nampak tak berapa maju, namun taraf penduduk disini dah meningkat dari segi ekonomi.



  

Pemandangan disini pun cantik. tengoklah hutan paya bakau ni, cantik kan? kata rakanku, kalau hari dah petang, pasti korang nampak banyak burung bangau bertenggek di sepanjang sungai ni. Tapi kami tak sempat tengok pemandangan tu sebab takut hari nak gelap, so terpaksa balik ke rumah tempat kami menumpang. Alam memang terpelihara disini kan? Rasanya kalau nak lari dari kesibukan kota, boleh la ke sini. Rehatkan badan dan minda serta jauhkan diri dari hiruk pikuk kota. Pasti berbaloi korang datang sini.


  

Dan untuk pengetahuan kprang, kampung yang aku pergi tu namanya kampung Binsulok. Dan rakan aku yang tinggal di kampung ni bagitahu kami sebab kampung ni diberi nama binsulok kerana kononnya pada masa dahulu, tempat ni pernah dijajah oleh orang-orang suluk dari kesultanan sulu tu. Sejauh mana kebenaran benda ni, aku pun tak tahu. Dan korang nak tahu kenapa aku ke tempat ni? sebabnya aku nak tengok orang buat belacan!! haha..  Untuk pengetahuan korang lagi, Kg Binsulok ni terkenal dengan pengeluaran belacan yang terbaik di sabah. Semua orang sabah tahu tentang ni. So, kalau korang datang ke sabah dan nak cari belacan, korang minta dengan penjual tu belacan Membakut. Memang sedap. :) eh, korang suka tak belacan? :) Dalam business proposal tu nanti, aku akan buat buat business belacan la kononnya. Harap-harap la berjaya. haha




Eh, ada orang main bola. :) masa round kampung ni, kami terserempak dengan sekumpulan anak muda sedang bermain bola. Wah bagus, bersukan untuk kesihatan kan? hehe




wah!! ada pantai la. :) wei, di Kampung Binsulok ni juga ada pantai tau. Cantik tempat ni. Sempat lagi kami mandi manda disini. Sebenarnya di pantai ni terdapat sebuah resort tapi kami tak sempat ke sana sebab tempat tu terletak di hujung pantai ni. Jauh, so tak sempat nak kesana.


Wah, cantiknya tempat ni. Mendengar deru ombak disertai angin lembut sepoi-sepoi bahasa memang menenangkan. Aku terlupa sekejap tujuan aku datang kesini untuk belajar dan melihat pemprosesan belacan tu. Dan aku terlupa kejap business proposal aku tu!!



Haha, muka dorang ni lagi. :D kesian kat dorang ni jadi model aku. haha. Ni adalah ahli group aku yang akan buat business proposal tu. Gembira dorang ni dapat bergembira. Yala kan, dah lama tak bergembira macam ni, mestilah nak nikmati sepuas-puasnya kan? :) Thanks niks, azfa, ijan and ida sebab sudi jadi model aku. hehe




Dan semasa aku menyusur pantai ni, aku terjumpa dengan seekor obor-obor yang dah mati ni. Kesian kat obor-obor ni. Tapi takut juga dengan benda ni biarpun dah mati.



Semasa kami dalam perjalanan balik nak pulang, ternampak pula dengan beberapa ekor kerbau sedang mandi-manda di tebing sungai. haha. Kerbau pun nak juga bergembira macam kami. hehe

 inilah diriku yang kacak dan bergaya. hehe. Perhatian, aku seorang lelaki, so jangan panggil aku si cantik manis. Dan jangan ingat aku awek!! huhuhu


semasa berada disini, aku merasakan suasana kampung yang aman dan tenang. Dapat lari sekejap dari kesibukan kota tu membuat hati tenang. Tak sia-sia juga aku kesini, biarpun penat nak buat kerja, namun terbayar juga penat tu. Aku rasa seperti nak lagi datang ke tempat ni, dan kali ni aku nak stay lebih lama lagi. Kata rakanku kalau sempat boleh juga pergi memancing, dan memancing adalah kegemaran aku! Tapi kali ni tak sempat nak memancing. Lain hari aku datang lagi, pasti aku pergi memancing. hehe

So, apa pendapat korang dengan tempat ni?

kalau datang sabah, lawat lah tempat ni, pasti berbaloi. :)

Im off to membakut sabah

Adoi, aku dah penat!! Banyaknya assignment yang aku kena siapkan. entah ada berapa, dah tu minggu depan hari pertama, exam mid sem untuk paper etr 300. Pening Aku. Tapi takpe, hujung minggu ni, aku akan pergi membakut sabah. Aku dengar, tempat ni cantik juga. hahaha. AKu ni orang Sabah, tapi tak pernah sampai ke membakut lagi.

Tapi, aku ke sana pun bukan sebab nak jalan-jalan ok. Aku terpaksa ke sana untuk our business proposal untuk paper etr 300 tu. Kalau yang pernah ambil paper ni, korang tahu la paper ni belajar apa. Aku ke sana nak tengok tapak kilang yang akan kami masukkan dalam proposal tu. huhuhu. 
Tapi harap aku sempat nak jalan-jalan round tempat tu. pas balik nanti aku upload gambar tempat tu cantik ke tak. Nanti korang semua nilai la sendiri. hahaha

ok, tak nak tulis panjang-panjang kali ni. Tapi selama ni aku tak pernah pun tulis panjang-panjang kan? hehe

so, aku tak dapat blogwalking ke tempat korang semua. Harap maaf. dah la internet slow macam siput, banyak lak kerja. Aku janji, pas semua selesai, dan cari masa internet ni tak macam siput, aku akan lawat korang semua ok? :D

ok, sayonara

Mari Baca lawak siri 3

Dah lama kyuubi tak buat siri lawak ni. Jadi untuk kali ni, kyuubi akan sambung siri lawak ni iaitu siri yang ke 3. mari kita sama-sama rehatkan minda di hujung minggu ni sambil baca lawak.



Pada suatu hari 2 ekor Kelawar pemakan darah sedang berehat di dalam sebuah gua. Sedang mereka berehat, tiba-tiba seekor daripada kelawar tersebut berasa lapar.

kelawar 1 : weh kelawar 2, meh kita cari darah. aku lapar la.
kelawar 2 :wei, mana ko nak cari darah siang-siang macam ni? Kita kan biasa cari darah malam  je. ada-ada je ko ni
kelawar 1 : wei! aku lapar la! aku nak juga, aku nak sekarang!

si kelawar 1 pun dah sangat lapar dan bersedia untuk terbang. Dia menoleh kepada rakan kelawarnya itu dan berkata, "ko nak ikut ke tak?"

"Jangan jadi bodoh, ko hanya akan membazir masa je pergi sekarang"

si kelawar yang pertama tidak mengendahkan kata-kata rakannya itu dan terus terbang.  Selang beberapa minit kemudian, kelawar pertama tadi balik semula dengan darah di serata mukanya. Si kelawar ke 2 pun kehairanan kerana memang susah nak cari darah masa siang.lalu dia pun bertanya,

kelawar 2 : "wei, mana ko dapat darah banyak tu masa siang macam ni?"
kelawar 1 : " oh, ko nampak tak pokok besar diluar tu?" sambil menuding jari kearah 1 pokok besar diluar gua.
kelawar 2 :"oh nampak, jelas dan terang lagi"
kelawar 1 :"aku tak nampak"  katanya

hahahahahahaha!!

*Picture taken from google

Pengajaran : fikir dahulu sebelum bertindak. nanti macam kelawar tu, dah tahu tak nampak kalau jalan siang, nak juga jalan.

Kenapa kalau lelaki beli pakaian dalam wanita itu pelik, sedangkan wanita beli pakaian dalam lelaki itu biasa



Tajuk ini mungkin sedikit sensitif, namun aku nak juga share pandangan aku dan pengalaman aku dengan hal ni.

Apa dalam fikiran korang bila tengok tajuk ni? Mesti ada yang menyampah dan ada juga yang tak setuju, betul tak?

Kenapa kalau lelaki beli pakaian dalam wanita itu pelik, sedangkan wanita beli pakaian dalam lelaki itu biasa. Mungkin ada juga yang rasa ianya bukan biasa. Tapi itu dah memang lumrah, cara pemikiran semua orang adalah berbeza. Kan?

Dan aku merasakan ianya pelik. Kenapa? Aku ada beberapa pengalaman yang aku nak share dengan korang semua.

Pengalaman pertama aku semasa berada dalam sebuah kedai pakaian. Semasa aku lalu di bahagian pakaian dalam wanita, a.k.a bra, aku ternampak seorang lelaki dalam lingkungan umur 25-30 sedang tengok bra-bra yang ada disitu, dan sedang dia tengok-tengok bra tu, ada seorang wanita juga berada di tempat tu, dengan pandangan pelik semacam dan penuh tanda tanya melihat kearah lelaki tu. Lelaki itu yang perasan dengan kelakuan wanita tersebut berlalu dengan muka yang malu dan sedikit merah. Dalam Hati aku, kenapa wanita tu tengok lelaki tu semacam je? Mungkin kah lelaki tu nak belikan isterinya benda tu atau mungkin isterinya minta lelaki tu belikan? Siapa tahu kan? Aduh, aku confuse. Kesian lelaki tu, mesti dia berasa malu.
 

Pengalam kedua aku dalam kedai pakaian juga. Ketika berada dalam sebuah kedai pakaian, aku ternampak seorang lelaki sedang tengok-tengok bra, dan kemudian dia pun meminta bantuan seorang jurujual wanita untuk mencarikan dia saiz yang dia ingini. Aku nak belikan  untuk isteriku katanya. Sambil tersenyum-senyum, jurujual wanita tu tolonglah lelaki tu pilihkan saiz yang dia ingini. Eh, kenapa nak senyum-senyum orang nak beli. Aku confuse lagi melihat senyuman sumbing wanita itu. Yang tu senyum malu ke, senyum mengumpat?

Satu penglaman aku dengan wanita semasa aku bekerja dengan satu supermarket di tempat aku, bila ada wanita yang beli seluar dalam lelaki, dengan selambanya dorang bertanya dengan aku nak minta saiz, siap nak minta tukar warna kononya dia tak suka warna tulah, tak suka warna nilah.


 Yang ni muka malu

Kalau hari valentine nak dekat pula, ramailah wanita datang nak beli seluar dalam lelaki. Mulanya aku pelik juga. Tapi ada rakan sekerja perempuan masa tu bagitau aku bahawa wanita gemar memberikan seluar dalam sebagai hadiah hari valentine untuk kekasihnya. Pada wanita di luar sana, betulkah korang suka bagi hadiah ni pada lelaki? Kononnya supaya hubungan yang terbina berkekalan. Aku confuse sekali lagi.

Aku pun heran. Lelaki nak beli pakaian dalam wanita tu orang pandang semacam je, tapi wanita nak beli pakaian dalam lelaki takda pun orang tengok pelik.

Korang semua, betul ke apa aku merepek ni? Korang setuju tak?


Apa pula pandangan korang?