Pengumuman Khas Dari Apple bukan Sebarang Apple

Sebut saja apple, semua orang pasti akan terbayang-bayang iPhone atau iPad yang memang popular dikalangan pengguna telefon pintar dan peminat gadget. Dalam beberapa jam lagi dunia pasti akan digegarkan sekali lagi oleh pengumuman khas oleh Apple. Seluruh dunia sekarang ni pastinya sedang membincangkan apakah pembaharuan untuk generasi iPhone terbaru yang akan diumumkan oleh syarikat gergasi ini.

Semua inginkan sesuatu yang baru dari Apple. Masih ingat lagi beberapa tahun lalu bila iPhone 4S diumumkan, semua kecoh dan bila iPhone 5 pula dikeluarkan oleh Apple. Pernah juga terbaca tentang konsep rekaan Apple yang kelihatan futuristic, namun itu hanya imaginasi semata-mata.

Sudah banyak khabar angin tentang rekaan terbaru Apple ini, tapi itu semua hanyalah khabar angin. Kesahihan yang tidak pasti. So untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang pengumuman ini, tunggu sajalah depan tv untuk berita esok. Tak pun boleh juga membaca surat khabar kerana sudah pasti media massa akan membuat coverage tentang pengumuman ini. Dan kalau tak sabar sangat, boleh juga melawat tech blog yang berpangkalan d usa dimana sesetengah mereka akan membuat live coverage masa pengumuman tersebut.

So all the best untuk Apple dan juga peminat Apple d seluruh dunia. Semoga kita semua dapat melihat buah apple yang segar kali ini.